fbpx

Premis kotor ada najis tikus diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UKK 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan ke atas sebuah premis makanan ekoran gagal mematuhi tahap kebersihan yang memuaskan.

Operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu dijalankan di sekitar kawasan Parlimen Batu meliputi Kompleks Sungai Mas, Taman Kok Lian dan Taman Mastiara, semalam.

“Sebanyak sembilan premis dilawati dan hasil pemeriksaan, sebuah premis dikenakan tindakan Arahan penutupan di bawah UUK 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

“Selain itu, sejumlah lapan notis kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang kecil yang sama,” katanya hari ini.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap kesemua premis terbabit berikutan gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan yang ditetapkan.

Antaranya adalah terdapat kesan urungan najis tikus dan serangga perosak di ruang dapur selain penyediaan makanan dan pencucian pinggan mangkuk di luar premis.

“Lantai dan dinding di ruang dapur premis dilihat dalam keadaan kotor serta bahan makanan diletakkan kurang 0.2 meter dari paras lantai.

“Alat perangkap minyak tidak dilengkapi dan diselenggara dengan baik dan peti sejuk dalam keadaan kotor,” ujarnya.

Kata DBKL, pengendali makanan juga gagal mendapatkan suntikan tifoid selain tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut ketika bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI