fbpx

Pengurus kewangan ‘songlap’ wang syarikat, masukkan gaji kepada isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radhaballav akhirnya ditangkap kerana memanipulasi sistem gaji syarikat dengan memasukkan wang ke akaun bank isterinya. - AFP

NEW DELHI – Seorang pengurus kewangan sebuah syarikat di India ditahan selepas dia didapati menggunakan kuasanya untuk memasukkan wang gaji kepada isterinya yang tidak bekerja, lapor laman berita Wion News.

Pada Disember tahun lepas, syarikat pengambilan pekerja di New Delhi itu mula curiga terhadap rekod yang dimanipulasi dan memulakan siasatan dalaman.

Hasil siasatan mendapati pekerja tersebut, Radhaballav Nath telah memuat naik fail gaji yang dimanipulasi menggunakan sistem komputer kakitangan lain dan selepas menyelesaikan proses itu, dia memadam fail daripada sistem untuk menghapuskan jejaknya.

Lelaki itu digantung tugas pada 11 Disember 2022 dan dia telah dipanggil di hadapan Jawatankuasa Dalaman untuk menjelaskan percanggahan kewangan.

Radhaballav akhirnya mengaku memindahkan wang berjumlah 41.13 juta rupee (RM2.25 juta) ke dalam akaun bank isterinya bermula 2012.

Dia turut mengaku menaikkan gajinya sendiri dan memindahkan lebih 6 juta rupee (RM329,777) ke dalam akaunnya selama ini, sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Dalam pengakuannya, Radhaballav mendedahkan bahawa dia menggunakan dana yang digelapkan untuk memperoleh hartanah di Delhi, Jaipur, dan kampung halamannya di Odisha selain melabur dalam dana bersama dan skim kewangan lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI