fbpx

Pengadil EPL diberi kuasa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGADIL EPL akan diberikan kuasa untuk melayangkan kad kuning sekiranya berdepan provokasi daripada para pemain. - AFP

LONDON – Pengadil digalakan bertindak tegas dengan melayangkan kad kuning sekiranya berdepan konfrontasi daripada lebih daripada seorang pemain.

Cadangan untuk memberikan kuasa lebih besar kepada pengadil ini adalah sebahagian daripada langkah untuk menambah baik tingkah laku pemain dalam dan luar padang di Liga Perdana Inggeris

Tindakan tegas ini mendapat sokongan penuh daripada badan disiplin Persatuan Bola Sepak England dan jika kesalahan sama berulang, hukuman denda juga boleh dikenakan kepada pemain berkenaan.

Perubahan peraturan ini memberi tanggungawab lebih besar kepada kapten pasukan untuk mengawal tindak-tanduk rakan sepasukan supaya kekal menghormati pegawai perlawanan.

“Bola sepak adalah alat penyatuan dan memberi inspirasi kepada semua orang untuk menonton perlawanan. Bagaimanapun, ada tindakan negatif oleh sebilangan pemain, jurulatih dan peminat.

“Pendekatan kolektif kami adalah melakukan ‘reset’ tingkah laku dalam padang dan di garisan tepi supaya memberi penghormatan dan perlindungan kepada pengadil. Kami juga mahu melakukan perkara sama membabitkan penonton.

“Keghairahan, emosi dan keterujaan adalah perkara asas bola sepak, namun ia perlu diserlahkan dengan cara yang betul. Setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing supaya kita mampu mewujudkan persekitaran selamat dan menyeronokkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FA, Mark Bullingham.

Musim lalu banyak insiden yang berlaku, menyaksikan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dua kali dikenakan penggantungan kerana ‘menyerang’ pengadil, malah penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic juga digantung lapan perlawanan ekoran tindakannya menolak pengadil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI