fbpx

Pemilik gudang mercun meletup di Pekan Mundok diarah serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berada di jalan berhampiran lokas letupan yang memusnahkan gedung mercun di Narathiwat pada Ahad lalu. - AFP

BANGKOK – Pemilik kilang mercun yang meletup di Pekan Mundok, wilayah Narathiwat, Sabtu lalu akan ditahan jika gagal menyerah diri kepada polis, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Nanthadej Yoinuan selepas menerima maklumat terkini mengenai kes itu daripada pihak berkuasa tempatan.

Sompong Nakul dan isterinya, Piyanuch Peungwirawat, masing-masing berusia 42 tahun, disenaraikan sebagai pemilik Wirawat Panich. Ia merupakan sebuah syarikat yang menjual produk pertanian, barangan rumah dan bunga api.

Mereka kini dipanggil polis untuk menjawab beberapa pertuduhan jenayah termasuk kecuaian yang menyebabkan kematian selain mengimport dan menjual mercun tanpa lesen.

Sumber polis berkata bahawa pada 2016, Sompong telah ditangkap kerana menyimpan dan menjual mercun serta bahan mudah terbakar lain tanpa permit.

Dalam kejadian tersebut, 12 orang terbunuh manakala 121 yang lain cedera apabila gedung mercun tersebut meletup yang turut memusnahkan 292 buah rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI