fbpx

Melaka pertimbang penswastaan fasiliti sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VP. Shanmugam dalam sidang akhbar ketika Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Fasiliti sukan di negeri ini dipertimbangkan untuk penswastaan bagi memastikan kemudahan itu sentiasa dalam keadaan baik dan tidak usang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP. Shanmugam berkata, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebelum diputuskan untuk diswastakan.

Katanya, inisiatif tersebut bukan bertujuan untuk mencari keuntungan sebaliknya memastikan kemudahan sukan sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan pada bila-bila masa.

“Kemudahan sukan berkualiti juga mampu menarik minat negeri lain untuk menganjurkan kejohanan atau sebarang aktiviti di Melaka yang akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

“Bagaimanapun cadangan ini perlu mendapat kelulusan Ketua Menteri, sebelum diputuskan dan diswastakan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Jelas Shanmugam, penswastaan itu membabitkan padang bola sepak, padang futsal, gelanggang takraw atau lain-lain kemudahan yang dibina kerajaan.

Tambahnya, terdapat beberapa fasiliti telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah.

Menurutnya, beliau juga telah memohon dengan beberapa syarikat untuk menaik taraf kemudahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI