PENYANYI Lesti Kejora kesal dengan tindakan seorang wanita yang merakam video ketika sedang bercuti di Bangkok, Thailand.
Lesti menerusi Instagram miliknya juga menegur wanita itu yang melontarkan kata-kata kurang enak didengar terhadap dirinya dalam video berkenaan.
Menurut Lesti, dia sudah menghantar mesej peribadi terhadap individu terbabit, namun masih belum menerima sebarang respons.
Penyanyi lagu Bismillah Cinta itu juga meminta wanita berkenaan supaya menjaga adab.
Tidak lama selepas itu, dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi kelahiran Bandung itu.
Wanita tersebut mengaku salah, namun menafikan dirinya salah seorang pembenci penyanyi itu.