fbpx

Kerajaan Perpaduan fokus usaha selesaikan isu kaum India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama masyarakat India pada Perjumpaan Khas MIC di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu melingkari kaum India khususnya berkenaan miskin tegar dan pendidikan.

Jaminan itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berucap pada pertemuan bersama pimpinan MIC hari ini.

“Hadir pertemuan khas bersama kepimpinan MIC sambil diapit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran serta ratusan ahli parti dalam suasana santai serta penuh harmoni.

“Dalam ucapan, saya memberi jaminan kepada pimpinan MIC, bahawa Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu yang melingkari kaum India, khususnya berkenaan miskin tegar dan pendidikan,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, situasi negara masa kini memerlukan semua pihak meletak tepi soal kepentingan politik buat sementara dan memerlukan kebersamaan menunjangi serta menyelesaikan isu yang lebih penting seperti soal kemiskinan tegar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI