fbpx

Kerajaan bentuk Kursi Tun Dr. Ismail di UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melawat sudut pameran pada Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk membentuk Kursi Tun Dr. Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut adalah bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.

“Pengiktirafan ini adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Tun Dr. Ismail Al-Haj khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.

“Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar melancarkan Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj – Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI