fbpx

KBS enggan campuri kemelut BAM, Misbun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH berharap BAM dapat mengendalikan kemelut tersebut secara dalaman bersama jurulatih dan diselesaikan dengan baik.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dilihat mengambil pendekatan berkecuali selepas enggan mencampuri sebarang urusan terutama membabitkan kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya tidak mahu campur tangan selepas tidak mengetahui isi perjanjian kontrak antara BAM dan Misbun, sekali gus berharap badan induk badminton negara itu menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.

“Ini adalah isu membabitkan kontrak antara BAM dan jurulatih mereka. Saya tidak tahu isi-isi kontrak mereka dan apa mereka telah persetujui sebelum ini.

“Tetapi apa yang saya lihat, isu ini lebih kepada pentadbiran dan kontrak beliau sebagai jurulatih. Saya rasa biar BAM jawab dahulu apa-apa isu yang telah diketengahkan oleh Misbun.

“Jadi, isu ini harus diuruskan BAM sendiri secara dalaman bersama jurulatih mereka dan saya percaya mereka boleh mengendalikan kes ini dengan baik,” kata Hannah ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Remaja Komanwel 2023 di Menara KBS, Putrajaya semalam.

Terdahulu, bekas Pengarah Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Misbun meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan BAM yang menamatkan kontraknya lebih awal.

Misbun menjelaskan, kenya­taan BAM yang mendakwa beliau sudah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal tidak selari dengan situasi sebenar yang berlaku.

Justeru, Misbun meluahkan kekecewaan terhadap keputusan itu memandangkan beliau sekurang-kurangnya mahu membuktikan kemampuannya pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2023 di Amerika Syarikat (AS) September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI