fbpx

Insiden Cardi B baling penonton mikrofon jadi kes polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden Cardi B membaling mikrofon ke arah penonton kini menjadi kes polis.

IBU Pejabat Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat menerima laporan daripada seorang penonton sebuah konsert yang mendakwa cedera dibaling objek berupa mikrofon dari atas pentas.

Walaupun kenyataan itu tidak menyebut Cardi B sebagai pelaku, lokasi kejadian dan tarikh insiden pada Sabtu lalu menunjukkan laporan merujuk hari sama penyanyi itu mengamuk selepas disimbah air ketika melakukan persembahan.

“Menurut mangsa dia menghadiri sebuah majlis pada 29 Julai di lokasi berhampiran Las Vegas Boulevard.

“Ketika konsert berlangsung, wanita berkenaan memaklumkan tiba-tiba satu benda dilemparkan kepadanya dari atas pentas,” kata pegawai polis itu dalam kenyataan rasmi.

Bagaimanapun, polis mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat ini atau sama ada individu sama yang menyimbah air terhadap bintang sensasi itu.

Sejak beberapa hari lalu Cardi atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar diperkatakan ramai apabila tular video dia membaling mikrofon ke arah seorang individu.

Tindakan berkenaan didakwa dilakukan kerana penonton menyimbah air ke arahnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab popular di lokasi tumpuan ramai itu.

Video insiden itu juga tular dalam pelbagai platform media sosial, sekaligus mengundang perdebatan netizen.

Ketika kejadian rapper wanita itu sedang menyampaikan lagu Bodak Yellow yang dilancarkan pada 2018 apabila secara tiba-tiba simbahan air mengenai bajunya.

Tanpa berlengah, dia dilihat mencampakkan mikrofon yang ketika itu berada di tangannya ke arah pelaku sebelum pengawal keselamatan meluru ke arah penyanyi itu.

Ironi, menurut laporan media Hollywood, Cardi sendiri meminta untuk disimbah dengan air oleh penonton ketika mengadakan persembahan sebelum mengamuk melempar mikrofon ke arah penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI