fbpx

Hukuman pangasuh cuai ditentukan 15 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SHAHIRA ditemani suaminya keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini menangguhkan prosiding kes pengasuh taska yang didakwa bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada 15 Ogos ini.

Penangguhan prosiding fakta dan hukuman itu dimaklumkan oleh Peguam kepada tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, Syufri A Samad.

Syufri berkata, prosiding kes itu ditangguhkan ke selepas Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim yang mendengar kes berkenaan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital.

“Hakim dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat, jadi prosiding kes ditangguhkan kepada 15 Ogos ini untuk jatuh hukum,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, di sini hari ini.

Terdahulu, tertuduh yang berusia 28 tahun hadir ke mahkamah bersama ahli keluarganya kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pada 21 Mei lalu, tertuduh yang menjaga seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan mengaku bersalah bagi dua pertuduhan bertindak cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap bayi tersebut.

Bagaimanapun, Che Wan Zaidi menetapkan hari ini untuk fakta dan hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI