fbpx

Hanya satu ujian teori bagi lesen motosikal, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Individu yang ingin mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kereta atau motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian teori sahaja, berkuat kuasa 15 September ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebelum ini, pemohon dikehendaki menduduki dua ujian teori berasingan bagi mendapatkan lesen kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, selepas ini, pemohon hanya perlu menduduki sekali sahaja bagi Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dan Ujian Teori KPP01.

“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01(Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta. Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di jalan raya) secara berasingan apabila mengambil LMM motosikal dan LMM kereta.

“Individu tersebut hanya perlu memperbaharui semula Lesen Belajar Memandu (LDL) dan seterusnya mendaftar di Institut Memandu untuk melengkapi latihan dan ujian di peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kelas kenderaan berkaitan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, syarat kelayakan umur bagi motosikal adalah kekal pada 16 tahun dan ke atas manakala bagi kereta adalah 17 tahun selain perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI