fbpx

Cuaca buruk di empat negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat buah negeri malam ini.

Menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia, cuaca buruk tersebut bakal berlarutan sehingga pukul 9 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu serta Lipis, Raub dan Rompin, Pahang.

“Cuaca buruk juga diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri),” katanya.

Dalam hantaran sama, kata MetMalaysia, cuaca buruk juga diramal berlaku di Sandakan (Telupid dan Beluran), Sabah.

Menurut Met Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI