PETALING JAYA – Keadaan cuaca yang baik dan cerah diramal di seluruh negeri Semenanjung pada pagi ini ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 10 pagi.
Bagaimanapun, menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hanya tertumpu di beberapa daerah sekitar Sarawak.
“Antaranya melibatkan kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis dan Miri).
“MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca buruk itu bakal berlanjutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE