fbpx

‘Bell Ngasri’ buat part time selepas menang anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi Kak Rara di media sosialnya hari ini.

PETALING JAYA – Selepas memenangi Augerah Bintang Paling Popular baru- baru ini, `Bell Ngasri’ nampaknya tidak mahu duduk diam.

Bintang tersebut didapati ketika ini sibuk bekerja sambilan di sebuah kedai makanan segera di ibu kota walaupun semakin dikenali ketika ini.

Namun, individu tersebut sebenarnya bukanlah Bell Ngasri yang sebenar tetapi ‘kembarnya’ yang mempunyai rupa seiras artis tersebut.

Melalui perkongsian di media sosial penyampai radio Syarifah Syahira atau Kak Rara, beliau sempat merakam video pemuda yang menyerupai Bell Ngasri di sebuah restoran makanan segera.

“Hai lepas menang anugerah dia kerja dekat sini pula, yang awak ni siapa pula, Aina Abdul ke?” jelas Kak Rara.

Klip video tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila ada yang menyatakan pemuda terbabit mempunyai 80 peratus persamaan dengan Bell Ngasri atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri.

“Betullah, ada iras Barkoba. Jumpa pula Kak Rara. Nanti terkenal kau lepas ni dik,” jelas Khairul Zaman.

“Video ni jadi punca nak jadi terkenal la adik ni, artis pula yang ambil video. Harap Bell datang jumpa adik ni lepas ni,” kata Wan Azuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI