fbpx

Baja Rahmah inisiatif turunkan harga sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUZIAH Salleh (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada penerima pada Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Kasih Sayang oleh Pantai Selamat Group di Pasaraya Fresh Choice di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas inisiatif Payung Rahmah dengan pengeluaran Baja Rahmah sebagai langkah mengurangkan harga sayur di pasaran.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, inisiatif itu akan dilancar tidak lama lagi yang mana sesi libat urus membabitkan pihak-pihak berkaitan kini dalam proses perbincangan peringkat akhir.

Katanya, beliau sendiri sedang membuat libat urus bersama syarikat yang boleh mengeluarkan baja yang baik dengan harga berpatutan.

“Kita dapat maklumat melalui libat urus, kadang-kadang kita diberitahu harga sayur naik kerana berkait dengan harga baja.

“Jadi saya sendiri sedang buat libat urus dengan syarikat pengeluaran baja yang berkualiti pada harga yang bagus dan inisiatif ini kita namakan sebagai Baja Rahmah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Kasih Sayang oleh Pantai Selamat Group di Pasaraya Fresh Choice di Taman Tas, di sini hari ini.

Menurutnya, inisiatif itu diharap dapat mengawal harga barang makanan meliputi tanaman dan sayuran sekaligus membantu meringankan tanggungan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40.

Tambahnya, inisiatif ini juga diharap dapat membantu nasib golongan pekebun kecil dan petani disamping meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Dalam pada itu Fuziah berkata, inisiatif Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep ‘Kedai Cari Rakyat’ bakal diperluas ke Pahang menjelang September ini khususnya bagi kawasan yang kekurangan pasar raya.

Sementara itu mengenai program hari ini, Fuziah memberitahu KPDN dengan kerjasama Pantai Selamat Group telah melancarkan Pakej Rahmah dengan harga jimat RM55 bagi 15 barangan terpilih yang bernilai RM70 khusus untuk golongan yang memerlukan bagi menangani isu kos sara hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI