fbpx

Tok Gajah berpeluh ‘jinakkan’ Seladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN meraikan jaringan tunggalnya bersama rakan sepasukan ketika membantu Sri Pahang menewaskan Perak 1-0 di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad masih belum berpuas hati dengan aksi anak buahnya walaupun berjaya mencipta kemenangan 1-0 ke atas Perak FC di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Kesebelasan pemain Sri Pahang terutama pemain di barisan hadapan sepatutnya lebih bijak mengambil peluang di hadapan gawang lawan menambah jumlah jaringan gol.

“Kita kurang menyerlah di bahagian depan, kita harus ambil peluang yang ada tetapi mensia-siakan sehingga pemain tertekan dengan sendirinya terutama di minit-minit terakhir,” kata Fandi sejurus perlawanan petang kelmarin.

Sri Pahang berjaya memungut tiga mata selepas menewaskan anak buah Yusri Che Lah melalui gol Kpah Sherman di minit ke-55 dan satu jaringan itu kekal hingga tamat permainan.

Dalam perlawanan itu, Sri Pahang sepatutnya boleh mendapat jumlah jaringan yang ­lebih besar bagi memberi saingan kepada Selangor FC, Kedah Darul Aman dan Sabah FC untuk ber­ada di belakang Johor Darul Takzim (JDT).

Sri Pahang kini berada di tangga ke empat tetapi jumlah mata dengan dua pasukan ter­atas, ­Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC tidak jauh bezanya, manakala Sabah FC mengekori rapat di tangga kelima memungkinkan jumlah jaringan gol turut diambil kira.

Fandi mengakui taktikal pasukan pelawat yang lebih banyak bertahan memaksa anak buah­nya perlu lebih pintar beraksi memecah bentang pertahanan lawan untuk mendapatkan gol.

“Keseluruhannya saya puas hati dengan usaha dan semangat pemain saya dan kita harus cuba perbaiki pada perlawanan akan datang,” kata pengendali import dari Singapura itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI