fbpx

Taufan Doksuri badai Beijing, 11 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA kereta rosak akibat hujan lebat melanda daerah Mentougou, Beijing, hari ini.- AFP

BEIJING – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 27 lagi dilaporkan hilang dalam hujan lebat di Beijing, China, yang dibawa oleh Taufan Doksuri, demikian menurut laporan media pemerintah hari ini.

Helikopter-helikopter tentera dikerah untuk menghantar bekalan kepada para penumpang kereta api yang terkandas selepas ribut mendatangkan malapetaka di bandar ibu negara negara China itu.

Taufan Doksuri, melanda China sejak Jumaat lalu apabila ia membadai wilayah Fujian selepas Filipina.

Hujan lebat mula melanda bandar raya tersebut dan kawasan sekitarnya Sabtu lalu, dengan hampir kadar purata hujan sepanjang Julai turun di Beijing dalam masa 40 jam sahaja.

Badan penyiaran negara, CCTV mengemas kini jumlah kematian keseluruhan di kota raya itu hari ini dengan melaporkan bahawa hujan lebat membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan 27 lagi hilang.

Unit tentera yang terdiri daripada 26 askar dan empat helikopter melancarkan misi menyelamat pada awal pagi untuk menghantar ratusan bungkusan makanan kepada mereka yang terkandas di dalam dan sekitar stesen kereta api di daerah Mentougou, Beijing yang teruk terjejas, lapor CCTV.

“Pada 31 Julai lalu, kawasan di Beijing termasuk Fangshan dan Mentougou mengalami kerosakan serius akibat banjir, menyebabkan tiga kereta api terkandas di laluan, selain lalu lintas di beberapa kawasan terputus sepenuhnya,” lapor CCTV.

Ia turut menyiarkan imej secara langsung yang memaparkan deretan bas dalam keadaan separuh tenggelam dalam banjir di kejiranan Fangshan, barat daya Beijing.

Kira-kira 150,000 isi rumah di Mentougou tidak mempunyai bekalan air, lapor akhbar tempatan, Beijing Daily sambil menambah, 45 lori tangki air dihantar untuk menawarkan bekalan kecemasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI