fbpx

Suspek dera bini hingga mati di Kajang ditahan menyorok di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan polis selepas disyaki mendera isterinya sehingga mati di sebuah pangsapuri, di Sungai Long, Kajang, 21 Julai lalu.

SERDANG – Lelaki yang disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia akhirnya ditahan ketika menyembunyikan diri suatu kawasan di Johor, malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu disyaki berada di sana bagi menyembunyikan diri dari pihak berkuasa.

“Hasil risikan dilakukan, kami mendapat maklumat bahawa suspek berada di Johor sebelum serbuan dibuat bagi menahan lelaki itu, semalam.

“Susulan itu, kami juga menjalankan beberapa siri serbuan dalam tempoh tangkapan dibuat termasuk merampas barang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan akan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki diburu selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri, di Sungai Long, di sini, 21 Julai lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri telah dihantar suspek ke hospital swasta sebelum melarikan diri.

Sehubungan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI