fbpx

Sektor ekonomi digital Malaysia akan bertambah rancak – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kanan) ketika menghadiri "Public Sector Day Malaysia" anjuran GovInsider dengan kerjasama AWS hari ini.

PETALING JAYA – Sektor ekonomi digital di Malaysia akan bertambah rancak dengan beberapa kerjasama dan pelaburan yang telah dimeterai.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, awal tahun ini Malaysia menerima pelaburan yang sangat besar sebanyak RM25.5 bilion daripada Amazon Web Services (AWS).

“Selain itu, kita juga telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Singapura untuk bekerjasama dalam sektor ekonomi digital dan perlindungan data peribadi.

“Kerjasama seumpama ini serta beberapa pelaburan lain insya-Allah mampu merancakkan lagi sektor ekonomi digital di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan, beliau pagi ini hadir ke majlis “Public Sector Day Malaysia” anjuran GovInsider dengan kerjasama AWS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI