fbpx

Sarjan disyaki curi, pecah masuk stor IPD Sepang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika memeriksa perbarisan dalam Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini. - Foto AMIR KHALID

SERDANG – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah masuk dan curi barang kes di stor ekshibit Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an yang bertugas bahagian komersial di IPD tersebut dibuat semalam.

“Perkara ini masih lagi dalam siasatan, barang yang dicuri sudah dikenalpasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Reman dipohon pada hari ini dan kita harap dapat reman untuk 14 hari,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan berkaitan kejadian mendakwa stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk sehingga mengakibatkan beberapa barang kes dilarikan penjenayah.

Selain itu, turut dilaporkan hasil pemeriksaan mendapati suspek memecah masuk dengan memotong dawai atas pagar bahagian stor dan memasuki melalui lubang kaunter tingkap stor.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI