fbpx

Rumah terbakar, remaja OKU rentung dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang sedang terbakar di Kg. Dato Sri Kamaruddin, Seri Manjung hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

MANJUNG – Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung di dalam kediamannya yang terbakar di Kg. Dato Sri Kamaruddin di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut pada pukul 4.11 petang sebelum bergegas ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

Menurutnya, rumah tersebut terbakar 90 peratus dan melibatkan seorang mangsa lelaki OKU berusia 15 tahun yang rentung, dengan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital.

“Mangsa ditemui di dalam bilik di atas katil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota mengaplikasikan konsep receo serta menggunakan satu aliran hos 60 meter dua pancutan dan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera bagi memadam kebakaran sehingga ia dapat dipadamkan sepenuhnya.

Sayani berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“BBP Sitiawan turut membantu memadamkan kebakaran tersebut. Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada pukul 5.52 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI