fbpx

PRN: PH-BN perlu menang untuk kukuhkan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir di ceramah umum di Negeri Sembilan malam tadi

PETALING JAYA – Kemenangan parti-parti politik daripada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini adalah penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mengukuhkan jambatan perpaduan dan kemajuan Negeri Sembilan bersama-sama Kerajaan Pusat.

“Wewenang pengundi dituntut dalam menilai sendiri polisi, kejayaan, inisiatif yang telah dirancang mahupun dicapai sejak lapan bulan lalu sewaktu Kerajaan Perpaduan dibentuk,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau dalam ceramah umum di Negeri Sembilan semalam menitip pesanan agar pengundi hubaya dan menolak permainan sentimen batu api, kecaman dan fitnah sewaktu PRN.

Kata beliau, perkara itu semestinya tidak menguntungkan pengundi, masyarakat dan juga rakyat.

“Moga kempen dan perjalanan PRN di seluruh negara berjalan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI