fbpx

Perpaduan PH-BN bentuk politik baharu yang matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

JEMPOL – Perdana Menteri menyifatkan, kerjasama dan perpaduan yang terbentuk di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini merupakan satu bentuk politik baharu yang matang dalam negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, perpaduan tersebut sekiranya berterusan pasti akan membawa negara dalam keadaan lebih baik dan selamat sekali gus dapat membela nasib keseluruhan rakyat.

“Saya Anwar Ibrahim, Presiden Keadilan, datang kempen dan minta dimenangkan Datuk Zaidy (calon DUN Jeram Padang) dari UMNO dan BN. Ini politik baharu yang lebih matang.

“Kerana kita tahu tanpa semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum dan parti-parti politik penting, negara tidak akan selamat.

“Apa yang penting jangan tolak ansur soal prinsip , jangan bagi kuasa, itu sijil untuk wakil rakyat atau exco atau menteri salah guna untuk mengkayakan mereka,” katanya sewaktu berucap pada program Ceramah Umum PMX di Rompin, Jeram Padang, Jempol malam ini.

Beliau yang juga Pengerusi PH menambah, pihak pembangkan akan sentiasa cuba memusnahkan kerjasama dan perpaduan yang telah dibentuk di antara kedua parti itu, namun beliau yakin keadaan itu akan menyebabkan hubungan di antara PH dan BN akan semakin kukuh.

“Di Negeri Sembilan ini dari dulu PH dan BN sebab itu usaha mahu lagakan besar sekali, kerja mereka ini penghasut, mahu lagakan saya dan Zahid (Ahmad Zahid Hamidi).

“Biar laga dan bergaduh, kerana saya mahu beritahu, bagi pihak PH dan saya percaya bincang dengan Zahid, bukan hanya berlaga malah perpaduan PH dan BN akan lebih kental dan kukuh,” katanya.

Anwar dalam pada itu menambah, sebagai Perdana Menteri, beliau berikrar akan membela nasib semua rakyat termasuk dalam kalangan masyarakat India.

“Saya kata, saya tidak layak menjadi Perdana Menteri, kalau tidak tunjuk kasih saya kepada semua rakyat, semua kaum di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau memberitahu, akan mengadakan pertemua dengan kesemua kepemimpinan dari parti MIC, termasuk Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran.

“Esok saya bercakap dengan Presiden MIC, mahu jumpa sekejap semua ketua-ketua MIC seluruh negara supaya mereka jangan salah faham, kita kena kerja sebagai satu pasukan,” tambah beliau lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI