fbpx

Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar di pejabat PKR Kedah di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang sekali lagi memainkan isu kalimah Allah ketika berceramah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kelmarin disifatkan sebagai tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga dilihat tidak menghiraukan larangan pihak berkuasa supaya semua ahli politik tidak menyentuh isu berkaitan 3R (kaum, agama dan institusi diraja) pada PRN ini.

“Nasihat Majlis Raja-Raja adalah isu ini (berkaitan kalimah) tidak lagi dimainkan dan tidak boleh dipolitikkan. Kedegilan Tan Sri Muhyiddin adalah satu yang amat dikesali. Terus memainkan isu 3R di sebalik nasihat Raja-Raja Melayu.

“Kalau sebagai pemimpin politik Melayu Islam tidak boleh menghormati nasihat raja-raja percayalah orang macam ini tidak akan menghormati sama sekali rakyatnya sendiri,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PKR Kedah, di sini hari ini.

Akhbar melaporkan, Muhyiddin dalam satu ceramah di Kapar, Klang di Selangor kelmarin mendakwa tindak tanduk kerajaan menangani isu kalimah ketika ini menjelaskan ia diterajui oleh bukan Islam.

Mengulas lanjut kata Menteri Dalam Negeri itu, tindakan Muhyiddin tersebut hanya mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat terutama ketika PRN ini.

“Sebab pada dia, isu ini kalau terus ditiup dan dimainkan sentimennya akan memberi keuntungan politik kepadanya yang jelas tidak berniat untuk mengharmonikan kehidupan dan kerukunan hidup antara rakyat berbilang kaum. Dia mahu tonjolkan diri dia sebagai jaguh yang membela umat Islam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI