fbpx

Mentol lampu tersekat dalam mulut 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen tidak dapat mengeluarkan mentol yang dimasukkannya ke dalam mulutnya di wilayah Zhejiang pada Jumaat lalu. - Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Zhejiang kerana dia tidak dapat mengeluarkan mentol lampu LED yang dimasukkan ke dalam mulutnya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada mulanya, lelaki yang hanya dikenali sebagai Chen itu yang menutup mulutnya dengan baju T pergi ke sebuah balai bomba dan cuba meminta pertolongan untuk mengeluarkan mentol tersebut.

Selepas memeriksa keadaan mentol itu, bomba membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital kerana bimbang akan risiko ia pecah di dalam mulut.

Sepasukan doktor kemudian berjaya mengeluarkan mentol itu dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang.

Selepas kembali kepada keadaan asal, Chen memberitahu doktor bahawa mentol lampu itu tersekat di dalam mulutnya kira-kira dua jam.

Ketika ditanya alasan dia memasukkan mentol di dalam mulut, Chen menjawab, dia melakukannya selepas menyaksikan aksi tersebut dilakukan menerusi video online. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI