fbpx

Manchester United tumbang kali ketiga di pramusim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALOT (dua dari kiri) membuka tirai jaringan buat United ketika mereka tewas berdepan Dortmund pada aksi semalam. - AFP

LAS VEGAS – Pasukan Manchester United mengalami kekalahan ketiga berturut-turut pada aksi persahabatan pramusim selepas tewas 2-3 kepada Borussia Dortmund di Stadium Allegiant semalam.

Pada aksi tersebut, skuad The Red Devils meraih gol menerusi jaringan Diogo Dalot dan Antony, manakala pasukan Bundesliga itu mendapatkan gol hasil ledakan Donyell Malen (dua jaringan) dan Youssoufa Moukoko.

Pengendali United, Erik Ten Hag mengakui anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar, tetapi enggan mengambil pusing mengenai keputusan memandangkan ini hanyalah aksi persahabatan pramusim.

“Saya akui agak kecewa dengan prestasi pasukan kerana ketika kita berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2, barisan pemain patut menggandakan asakan dalam usaha memburu kemenangan.

“Namun, mereka semakin longlai dalam melakukan serangan terutama pada 30 minit terakhir dan ia adalah aksi terburuk. Kekalahan ini harus dipikul oleh semua 11 pemain yang tidak mendengar arahan taktikal yang telah saya terapkan,” katanya.

Ini adalah kekalahan ketiga buat United yang sebelum ini turut tewas kepada Real Madrid minggu lalu dan kelab liga bawahan, Wrexham AFC meskipun pada aksi tersebut meletakkan sebahagian besar pemain simpanan.

Sementara itu, Ten Hag mengakui perkara positif yang boleh diambil pada aksi persahabatan kali ini adalah prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh penjaga gol baharu, Andre Onana.

“Onana adalah individu yang cukup penting buat pasukan menjelang musim baharu kerana kehadirannya boleh memastikan pasukan dapat mempamerkan corak taktikal baharu seperti yang saya mahukan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI