fbpx

Kesatuan sekerja KKM sokong hala tuju Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) menyambut baik dan menyokong penuh hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) yang diterajui oleh Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa.

Presidennya, Ajulahin Japin berkata, KKM menekankan konsultansi dan sesi libat urus berterusan dengan warga KKM khususnya kumpulan pelaksana selaras dengan konsep Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hubungan harmonis antara majikan dan pekerja adalah amat penting untuk membuahkan satu sistem penyampaian yang efisien dan berkualiti.

“MAPSU mewakili hampir 80,000 warga KKM iaitu 22 kesatuan sekerja bawah KKM menyambut baik komitmen Menteri Kesihatan dan barisan pengurusan KKM akan memberi perhatian kepada semua skim perkhidmatan di bawah KKM.

“Pihak kementerian juga sentiasa mengutamakan isu-isu kebajikan dan sedia mendengar sebarang cadangan pihak kesatuan untuk menghasilkan satu usahasama yang selaras dengan aspirasi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ajulahin berkata, MAPSU namun sedar KKM yang mempunyai 119 skim perjawatan tentu berdepan dengan pelbagai permasalahan yang diketengahkan oleh pihak kesatuan.

Kata beliau, MAPSU mengalu-alukan kesediaan KKM untuk turun padang bersama pihak pekerja peringkat bawahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI