fbpx

Kerajaan teliti keperluan wujud kerangka kawal selia AI – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berswafoto dengan para peserta selepas Majlis Public Sector Day 2023 di Hotel Le Meridien, Putrajaya, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mengatasi cabaran dan masalah etika penggunaan teknologi tersebut.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, terdapat kewajaran untuk kerajaan meneliti dengan lebih lanjut berhubung keperluan kerangka itu di negara ini memandangkan ia merupakan suatu teknologi baharu.

“Ini satu teknologi yang baharu dan saya percaya kita perlu kumpulkan tenaga pakar kerajaan dan industri untuk memahami beberapa cabaran termasuk isu-isu etika melibatkan AI khususnya generatif AI memandangkan ia mungkin mempunyai kesan kepada sektor pekerjaan.

“Ketika ini ramai yang mula menggunakan aplikasi generatif AI (jadi) ada kewajaran bagi pihak kerajaan meneliti keperluan mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi isu AI. Dalam isu ini kementerian yang berwajib antara lain semestinya MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dan juga KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital).

“Kita akan bekerjasama untuk meneliti apa yang perlu kita usahakan (untuk) mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi AI di Malaysia,” katanya menerusi sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Public Sector Day 2023 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat mewujudkan sebuah program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu bagi mengulas mengenai AI dalam Bahasa Melayu yang bertujuan meningkatkan pemahaman rakyat terhadap teknologi itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI