fbpx

Isu MOT penduduk Putra Perdana dijangka selesai akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin berbual bersama penerima pada Majlis Penyerahan Hak Milik Individu Taman Putra Perdana (Plot J) Daerah Sepang, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Penantian sekian lama penduduk di Putra Perdana, Puchong disini, untuk mendapatkan surat cara pindah milik (MOT) sejak 2008 berakhir apabila sebahagiannya mula memperoleh dokumen itu, hari ini.

Majlis penyerahan MOT itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Putra Perdana, di sini.

Difahamkan, MOT itu membabitkan 601 hak milik individu yang telah didaftarkan bagi Plot J daripada keseluruhan 9,000 hak milik.

Plot J merangkumi 449 hak milik individu, 152 hak milik syarikat, tiga lot Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan blok apartment.

Amirudin berkata, Plot J diselesaikan terlebih dahulu berdasarkan kompleksiti kerana ia mudah diselesaikan.

Menurutnya, plot-plot yang lain masih dalam tindakan penyelesaian secara berperingkat mengikut kompleksiti yang terdapat di atas tanah dan kepentingan berdaftar di dalam dokumen hak milik.

“Pemilik-pemilik berdaftar pada hari ini mendapat salinan dokumen hak milik sahaja terlebih dahulu dan hak milik asal diserahkan kepada pihak peguam pemaju untuk urusan-urusan penyelesaian lain,” katanya.

Katanya, pemilik-pemilik juga perlu menghubungi pejabat peguam pemaju untuk urusan seterusnya.

Amirudin berkata, baki plot hak milik lain dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat setiap bulan bermula bulan ini dan menjelang akhir tahun atau awal tahun depan, ia akan dapat diselesaikan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI