fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak lapan negeri dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang petang ini.

Ramalan itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook sebentar tadi.

Menurut laporan itu, antara kawasan yang terlibat adalah di Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga dilaporkan melanda Negeri Sembilan melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Di Johor lebih tertumpu sekitar Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia menjangkakan beberapa kawasan di Sarawak seperti Sri Aman dan Miri (Miri) turut mengalami cuaca buruk sehingga ke lewat petang nanti.

“Di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Beluran),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI