fbpx

Gajah liar ancam pekebun di Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman menunjukkan hasil tanaman pisang dan tebu yang dimusnahkan gajah liar di kebunnya di Kampung Belantik Dalam, Sik baru-baru ini.

SIK – Lebih 100 penduduk Kampung Belantik Dalam, di sini masih gusar dengan ancaman gajah liar walaupun dua ekor haiwan itu telah berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), baru-baru ini.

Penduduk kampung itu, Abdul Kadir Che Ngah, 66, berkata, terdapat kira-kira empat ekor lagi haiwan itu yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan hutan berhampiran kampung.

“Sebelum ini, kawanan gajah tersebut kerap menceroboh kawasan kampung dan merosakkan tanaman. Dua ekor berjaya ditangkap Perhilitan pada Jumaat lalu.

“Namun begitu, seekor lagi gajah jantan yang masih bebas bertindak menghampiri kawasan kampung dan merosakkan tanaman seperti tebu, pisang dan kelapa,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, baru-baru ini.

Katanya, dia bimbang haiwan itu akan turun minyak apabila bertembung dengan penduduk kampung, tambahan apabila dua daripada kawanan haiwan itu ditangkap dan dipindah keluar dari sini.

“Selain mengalami kerugian akibat tanaman musnah, kita juga bimbang dengan ancaman gajah jika bertembung dengan haiwan itu. Kita percaya kawanan gajah tersebut akan masuk semula ke kawasan kampung untuk mencari makanan,” ujarnya.

Pemilik kebun tebu dan pisang, Osman Jab, 48, berkata, hasil tanaman tebu dan pisang yang baru diusahakan empat bulan lalu musnah ‘dikerjakan’ gajah jantan itu..

“Kami bimbang kawanan gajah liar itu datang semula ke kawasan ini dan rosakkan lebih banyak hasil tanaman penduduk kampung dan mungkin juga akan ancam nyawa dan keselamatan serta harta benda penduduk,” jelasnya.

Katanya lagi, kehadiran gajah-gajah liar ke kawasan penduduk kampung mungkin disebabkan kawasan dan habitat asal mereka telah dimusnahkan akibat akti­viti pembalakan dan sebagainya.

Sementara itu, Pengarah Per­hilitan Negeri, Jamalul Nasir Ibrahim berkata, gajah jantan yang berusia kira-kira tujuh hingga lapan tahun dan seekor gajah betina berusia belasan tahun berjaya ditangkap pada

Jumaat lalu setelah beberapa minggu berkeliaran di kampung ini.

Jelasnya, masih ada beberapa ekor gajah masih berkeliaran dan penduduk perlu berhat-hati.

“Jangan sesekali bertindak sendiri untuk menghalau haiwan liar itu demi keselamatan dan nyawa penduduk,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI