fbpx

Dua lelaki bergaduh isu calar buka pintu kereta berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang individu berkata, mereka telah berdamai dan telah menarik balik laporan polis yang dibuat di IPD Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Rakaman video ‘perang’ mulut yang tercetus antara dua individu lelaki tular semalam, berpunca daripada provokasi setelah insiden pintu kereta yang dibuka terkena kereta yang berada bersebelahan.

Video pertelingkahan berdurasi 42 saat terbabit telah tular di media sosial termasuk di laman Facebook dan juga Twitter manakala lokasi kejadian difahamkan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sunway, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian perselisihan faham melibatkan dua lelaki tempatan.

Jelasnya, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima dua laporan polis dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam kejadian yang ditular di laman media sosial Facebook.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pintu kereta yang dibuka telah terkena pada pintu kereta yang berada bersebelahan.

“Insiden tersebut telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan mulut di antara kedua-dua pihak.

“Walaubagaimanapun, tiada kerosakan dan kecederaan yang dialami manakala kedua-dua pihak juga telah menyelesaikan perselisihan faham ini dengan cara yang baik dan tidak mahu memanjangkan siasatan insiden yang berlaku,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Fakhrudin menasihati masyarakat agar sentiasa tidak menyalahgunakan media sosial, menyebarkan berita tidak benar dan membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Semalam, salah seorang individu terlibat menjelaskan persengketaan antara mereka sudah pun diselesaikan dengan cara baik.

“Kes yang viral tadi telah selesai. Permohonan maaf telah dibuat oleh beliau dan saya telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Harap menjadi pengajaran kepada semua. Saya juga berharap netizen hentikan kecaman di Facebook, Instagram dan lain-lain milik mereka. ‘Move on’.. Terima kasih semua,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI