PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berpandangan tempoh 33 tahun Pas mentadbir Kelantan sudah memadai.
Menurut beliau, sepanjang tempoh itu tiada yang luar biasa berjaya dilaksanakan oleh Pas di Kelantan sehingga telah menjadi ke tahap tepu dan ke shilling.
“Pas pun tak tahu nak buat apa lagi. Idea dah habis. Isu air tetap tidak selesai. Mana boleh selesai dengan penjenamaan semula Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
“Nak kata Islam terlaksana tidak juga. Tidak ada yang luar biasa. Masih retorik. Bagi peluang pula Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Kerjasama baru demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Menurut Mohd. Puad, adalah lebih mudah apabila kerajaan Pusat dan kerajaan negeri selari.
“Terlalu lama tidak selari. Islam terus ditunggangi. Elok Pas pula ambil peranan sebagai pengimbang yang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE