fbpx

Boakye terlepas aksi pertama Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOAKYE (kiri) sudah pulih daripada simptom dan tanda-tanda cerebral concussion serta pemeriksaan lanjut menunjukkan tiada kecederaan lain.

PASUKAN Selangor FC mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang import baharu, Richmond Boakye pada aksi pertama Piala Malaysia bertemu Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC), Khamis ini ekoran kecederaan.

Bekas pemain antarabangsa Ghana itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala, cerebral concussion ketika aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh skuad Gergasi Merah, penyerang berusia 30 tahun itu sudah pulih daripada simptom atau tanda-tanda gegaran otak pada kepalanya.

“Boakye dikeluarkan awal semasa perlawanan menentang JDT setelah mengalami kecede­raan kepala cerebral concussion.

“Mengikut prosedur perubatan bagi kecederaan ini, pemain terbabit hendaklah dikeluarkan dari perlawanan serta-merta bagi pemantauan, pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Setelah diteliti dan melalui prosedur yang ditetapkan, dia kini sudah pulih daripada simptom dan tanda-tanda cerebral concussion serta pemeriksaan lanjut menunjukkan tiada kecederaan lain.

“Pengurusan kecederaan dan proses fasa pemulihannya akan dipantau rapi oleh pasukan perubatan sukan kelab,” kata kenya­taan tersebut.

Pada aksi tersebut, Boakye hanya beraksi selama 17 minit di gelanggang keramat JDT sebelum digantikan dengan pemain pertahanan, Quentin Cheng dengan pasukan tuan rumah melakar kemenangan 2-0.

Pasukan Selangor yang juga finalis Piala Malaysia musim lepas akan menentang The Cops pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium MP Petaling Jaya, Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI