fbpx

Bahaya krisis iklim setara perang nuklear – Antony Blinken

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blinken bercakap ketika sidang akhbat di Pejabat Kerajaan Queensland di Brisbane, 29 Julai lalu. – AFP

CANBERRA, AUSTRALIA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyatakan bahawa ancaman perubahan iklim adalah setara dengan kemusnahan nuklear, lapor laman berita RT kelmarin.

Ketika muncul dalam program televisyen, 60 Minutes Australia, Blinken menolak dakwaan bahawa Washington merisikokan perang nuklear apabila secara berterusan membekalkan senjata kepada Ukraine.

Ditanya sama ada perang nuklear atau perubahan iklim yang memberi ancaman lebih besar kepada umat manusia, Blinken berkata, kedua-duanya tidak mempunyai hierarki.

“Ada perkara yang berada di hadapan kita termasuk konflik yang berpotensi, namun tidak dinafikan bahawa perubahan iklim memberi cabaran yang jelas kepada kita semua.

“Bagi kami, ini adalah cabaran jelas yang berlaku sepanjang masa. Namun, ia tidak bermakna ancaman yang menggugat keamanan dunia seperti pencerobohan Russia ke atas Ukraine bukan cabaran utama,” katanya.

Ketika Julai direkodkan sebagai bulan paling panas dalam sejarah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak dunia bertindak pantas untuk mengurangkan pelepasan karbon termasuk penamatan penggunaan arang batu menjelang 2040.

Senario lain menyaksikan pentadbiran Presiden Joe Biden dan sekutu Pertubuhan Perjan­jian Atlantik Utara (NATO) berte­rusan membekalkan peluru berpandu jarak jauh kepada Ukraine walaupun Moscow berulang kali memberi amaran senjata sedemikian akan meningkatkan risiko perang antara Russia dan Barat.

Tentera Ukraine turut membuat beberapa cubaan serangan menyasarkan loji nuklear Russia, dengan Moscow memberi amaran dan menuduh Kiev menaja keganasan nuklear. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI