fbpx

Terima tawaran luar negara punca masalah kekurangan jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman berucap pada Program Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) di Cyberjaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

CYBERJAYA – Keputusan jururawat tempatan menerima tawaran bekerja di luar negara yang menawarkan gaji lebih tinggi disifatkan menjadi antara faktor menyebabkan fasiliti perubatan swasta berdepan masalah kekurangan bekalan tenaga kerja itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, isu kekurangan bekalan jururawat di fasiliti perubatan swasta masih di peringkat perbincangan selain pihaknya buat masih belum dapat memenuhi permintaan bagi membekalkan jururawat.

“Jururawat (tempatan) ini banyak dapat tawaran-tawaran di luar negara yang memberikan gaji (lebih tinggi), disebabkan itulah bekalan jururawat kita berdepan dengan masalah.

“Pada masa sama, jururawat keluaran Kementerian Kesihatan (KKM) sememangnya perlu keluar dan berkhidmat di fasiliti KKM sedia ada.

“Pelbagai klinik dan hospital swasta ini telah cuba untuk berjumpa dan berbincang dengan KKM bagaimana cara untuk mengatasi bekalan jururawat,” katanya pada Program MySave (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai laporan Kosmo! berhubung
peningkatan jumlah pesakit selain kekurangan jururawat menjadi antara punca berlakunya kesesakan di hospital swasta seluruh negara.

Keadaan semakin membimbangkan apabila kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan ketika ini adalah mereka yang dijangkiti wabak influenza.

Sementara itu, katanya, KKM turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan kes keracunan makanan membabitkan seramai 24 murid di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.

Ekoran itu, jelasnya, kantin sekolah berkenaan diarah tutup selama 14 hari mengikut Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga 10 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI