fbpx

Syabu RM400,000 untuk pasaran Indonesia dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISKANDAR menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Melaka hari ini.

ALOR GAJAH – Penyeludupan dadah jenis syabu bernilai RM400,000 bagi kegunaan kira-kira 20,000 penagih negara jiran berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Kling dekat sini, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, syabu seberat 10 kilogram itu dipercayai cuba dibawa masuk ke Indonesia menggunakan sebuah bot pancung dinaiki empat individu dipercayai warganegara berkenaan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam mengenai kehadiran bot mencurigakan di lokasi itu kira-kira pukul 1 pagi.

“Seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun berjaya diberkas ketika cubaan memindahkan dadah itu dari darat ke sebuah bot pancung dinaiki empat individu lain dipercayai dari Indonesia.

“Setibanya di lokasi kejadian, bot suspek dinaiki empat individu dipercaya warga Indonesia dikesan berada di pesisir Pantai Kundor.

“Ketika cubaan merapat ke arah bot pancung tersebut, dalam keadaan kelam kabut suspek, terus memecut laju bot tersebut melarikan diri serta meninggalkan seorang lelaki disyaki rakan suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kuala Linggi di sini, hari ini.

Tambah Iskandar, suspek ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan direman sehingga 10 Ogos ini.

“Dadah ini dipercayai datang dari luar negara kalau dilihat daripada segi pembungkusan dan ia adalah untuk pasaran Indonesia. Kita turut menemui sebuah beg pakaian berwarna hitam dan merah mengandungi tujuh bungkusan teh China,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI