fbpx

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua kiri) memeriksa kawalan kehormat utama Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen sempena sambutan Hari Pahlawan 2023 peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2023 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md. Ajis dan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd), Brigadier Jeneral Asri Shukor.

Istiadat bermula dengan perarakan masuk panji dan kawalan kehormatan utama dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Divisyen, Kem Sangro Taiping.

Majlis disusuli bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Mejar Mohd. Risal Osman dari Markas 2 Briged Infantri Malaysia dan pendeklamasian sajak berjudul Pahlawanku yang disampaikan oleh Kapten Sharifudin @ Abu Danial Abu Talib dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Ia kemudian diteruskan dengan tiupan Rouse sebelum bendera Malaysia dinaikkan, Hormat Diraja, serta lagu kebesaran negeri dimainkan selepasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI