fbpx

SPRM tiada hasrat perkenal garis panduan rasuah semasa pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum berhasrat memperkenalkan sebarang garis panduan atau peraturan berhubung kesalahan rasuah yang dilakukan calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semua pihak diminta untuk memahami undang-undang sedia ada di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diwujudkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

“Kalau tengok akta itu, ia bukan diwujudkan pada tahun 2014 atau 2023, maknanya telah ada sebelum merdeka lagi.

“Jadi, kita belum berhasrat untuk kemukakan atau lancarkan apa-apa garis panduan kerana ia sudah ada undang-undang dan perlu mematuhinya.

“Dalam Seksyen 10 juga secara jelas menjelaskan apa yang boleh dibuat dan tidak perlu dilakukan oleh agen dan juga calon. Mereka perlu patuh dan memahami kesalahan dinyatakan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa kerajaan menyediakan satu panduan khas berhubung pemberian bantuan khas semasa pilihan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI