fbpx

SPRM digesa siasat segera Ahmad Amzad – AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bryan (tiga dari kiri) dan Mohd. Afiq (dua dari kanan) selepas menghantar memorandum kepada SPRM hari ini yang menggesa supaya Ahmad Amzad disiasat segera.

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera dan menyeluruh ke atas calon Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Exco AMK Pusat, Mohd. Afiq Ayob berkata, pihaknya hairan kenapa Ahmad Amzad masih dicalonkan semula sedangkan Mahkamah Tinggi membuktikan wujudnya elemen rasuah di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Kami pelik kenapa Perikatan Nasional (PN) masih mencalonkan individu sama biarpun pada 27 Jun lalu, mahkamah telah dapati beliau bersalah gara-gara wujud elemen rasuah.

“Justeru, kami mahu SPRM melakukan siasatan segera bagi menyiasat Ahmad Amzad kerana jelas bukti menunjukkan beliau terbabit kesalahan rasuah pada PRU15 lalu,” katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum bantahan kepada SPRM di sini petang tadi.

Sementara itu, seorang lagi Exco AMK Pusat, Bryan Ng Yih Miin berkata, sewajarnya SPRM mengambil tanggungjawab untuk menyiasat segera kes rasuah membabitkan Ahmad Amzad itu.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu meneliti balik pencalonan semula Ahmad Amzad sebagai calon di Parlimen itu.

“Keadaan ini sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat dan SPRM serta SPR perlu melakukan sesuatu demi menjaga kepentingan awam,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Ahmad Amzad bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu PRU15 kerana wujud unsur rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI