fbpx

Rakam gambar tanpa kebenaran, pesohor YouTube ditumbuk semasa ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video kejadian itu dikongsikan semula oleh Kick dan ia menjadi tular. – Facebook

BANGKOK – Seorang pesohor YouTube dari Korea Selatan ditumbuk di  muka oleh seorang lelaki Thailand ketika bersiaran langsung di tepi sebuah pantai di Pattaya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik oleh Ri An-seong di saluran YouTube miliknya dan laman web Kick.

Menurut akhbar ThaiRath, insiden berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) pada 28 Julai lalu di Pantai Jomtien.

Dalam video yang kini tular, An-seong dilihat berjalan di pantai itu sambil bercakap kepada  penonton.

Seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Anupong menjerit ke arah An-seong kerana wajahnya dirakam tanpa kebenaran.

“Jangan rakam saya!” kata Anupong yang dibalas oleh An-seong bahawa  dia tidak merakam wajah lelaki itu.

Kedua-dua mereka berbalas isyarat lucah dan mula bertengkar. Anupong kemudian menumbuk muka An-seong sebanyak dua kali, menyebabkan hidungnya berdarah.

Selepas kejadian itu, An-seong memadamkan video tersebut, namun ia dikongsikan semula oleh Kick dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Sebilangan netizen menyokong An-seong dan  berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, manakala sesetengah yang lain menegaskan bahawa layanan diterima wajar kerana An-seong melanggar privasi individu lain.

Menurut Polis Pelancong Pattaya, kedua-dua mereka masing-masing didenda 1,000 baht (RM132) kerana terlibat dalam pertengkaran fizikal dan menyebabkan gangguan di tempat awam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI