fbpx

PRN: SOP spesifik aspek kesihatan pilihan raya akan diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha semasa menyampaikan ucapan perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Prosedur operasi standard (SOP) mengenai aspek kesihatan pilihan raya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang lebih spesifik akan diumumkan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh pengundian.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan bertemu dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi menambah baik SOP berkenaan.

Menurutnya, segala keputusan berhubung perkara tersebut akan diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum tiba hari mengundi.

“Buat masa ini, SOP sedia ada masih digunakan. Kita akan bertemu dengan pihak SPR untuk membincangkan SOP yang lebih spesifik semasa hari pengundian.

“Jadi, akan ada SOP tertentu kepada mereka yang positif Covid-19 dan masih dalam tempoh kuarantin untuk keluar mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Sebelum ini, KKM akan mengesyorkan kepada SPR untuk mengguna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada pada PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI