fbpx

PRN: PN adalah parti ‘copy paste’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) dilabelkan sebagai parti ‘copy paste’ (salin tampal) yang patut ditolak pengundi khususnya di Selangor.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini terbukti apabila perjalanan politik mereka hanya meniru terhadap apa yang telah ada di negara ini.

“Mereka mengaku sebagai juara Melayu dan tidak lain dan tidak bukan hanya cuba meniru UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi copy bukan ori sebaliknya copy gred C yang tidak layak diberikan taraf atau kelayakan mentadbir dan memimpin,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun, malam ini.

Jelas Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, ini berbeza dengan Pasukan Perpaduan ketika ini mengumpulkan 19 buah parti yang mewakili suara daripada pelusuk negara.

“Ada parti yang berlandaskan kaum tertentu, pelbagai kaum, Sabah dan Sarawak berbanding PN diwakili parti-parti copy paste atau tiruan yang saya percaya akan cuba menjadi peniru dan meniru apa kita lakukan.

“Rakyat Selangor pilihlah yang ori, buang yang palsu. Yang ori adalah juara dan tekad perpaduan di dalam negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI