fbpx

PRN: Jadi pengundi bijak, semak maklumat di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat banyak platform disediakan untuk menyemak maklumat termasuk Sebenarnya.my dan MyCheck.

Saudara pengarang,

Nama-nama calon yang bertanding pada pilihan raya enam negeri sudah diumumkan kelmarin.

Pelbagai strategi kempen akan dipraktikkan termasuk penggunaan media sosial untuk menyampaikan bahan promosi seperti perkongsian manifesto, melemparkan kritikan terhadap calon lawan dan cubaan penyokong setia untuk mempertahankan calon pilihan masing-masing.

Dalam hal ini, kepelbagaian platform media sosial agak membimbangkan kerana ia seringkali bertindak sebagai medium penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan.

Kita tidak dapat menyangkal kemungkinan isu-isu 3R (raja, agama, bangsa) turut dimanifestasikan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di samping penyebaran maklumat palsu dan salah yang mampu mengancam karier ahli politik.

Lebih penting jika maklumat palsu disebarkan, orang ramai akan menerima maklumat tidak tepat yang berpotensi mempengaruhi keputusan mereka semasa mengundi.

Platform seperti TikTok, Instagram dan Twitter memudahkan orang ramai mencari maklumat dan mencipta kandungan, tetapi ia juga menunjukkan betapa cepatnya maklumat boleh tersebar.

Sementara itu, teknologi deepfake, penggunaan ChatGPT serta perisian canggih membolehkan dan memudahkan maklumat palsu dan salah dihasilkan. Persoalannya, bagaimana kita boleh memastikan maklumat yang dikongsi itu betul?

Dalam hal ini, keupayaan menyemak fakta dan membezakan maklumat benar dan palsu adalah imperatif. Walau bagaimanapun, terdapat banyak maklumat di luar sana yang tidak dapat ditentusahkan sama ada berbentuk tuduhan, pendapat, atau propaganda.

Jadi, sebagai pengundi yang bijak dan berhemah, jika keliru, buat semakan dengan organisasi yang betul seperti JomCheck, MyCheck atau Sebenarnya.my. JomCheck mempunyai rangkaian WhatsApp yang boleh dijadikan sumber rujukan tentang maklumat mengelirukan yang tular semasa PRN.

Namun, usaha membanteras penyebaran maklumat salah dan palsu bukan tanggungjawab kerajaan atau organisasi semakan fakta semata-mata. Sebagai individu, kita juga perlu untuk memperkasakan diri dengan menambah baik dan meningkatkan kemahiran literasi media dan maklumat.

Prof Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh
UKM Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI