fbpx

Pengeluar ketum diarah bayar ganti rugi RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Talavera mengambil produk makanan tambahan keluaran The Kratom Distro yang membawa kepada kematiannya pada 2021. – The Kratom Distro

BOYNTON BEACH, FLORIDA – Keluarga seorang wanita di negeri Florida yang meninggal dunia selepas mengambil makanan tambahan diperbuat daripada daun ketum dianugerahkan pampasan berjumlah  AS$11 juta (RM50 juta) dalam  saman ke atas  pengeluar produk tersebut, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Krystal Talavera, 39, yang merupakan seorang jururawat, meninggal dunia pada 20 Jun 2021 selepas dia pengsan secara tiba-tiba di rumahnya di Boynton Beach, demikian menurut perbicaraan di mahkamah.

Suaminya, Biaggio Vultaggio menemui Talavera terbaring dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka, bersebelahan cawan kopi  mengandungi makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro,  Space Dust.

Produk tersebut diperbuat daripada daun ketum dan tidak menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Talavera dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat ‘mabuk mitragynine akut’, yang disebabkan oleh daun ketum, demikian menurut Pejabat Koroner Daerah Palm Beach.

“Pampasan bernilai AS$11 juta (RM50 juta) ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan berbahaya dan tidak terkawal ini,” kata peguam keluarga Talavera, Tamara Williams.

Anak sulung mendiang, Devin Filippelli, 21, yang memfailkan saman ke atas The Kratom Distro dan pengedarnya, Grow LLC, mendakwa makanan tambahan ibunya menghasilkan kesan menyerupai opioid yang menyebabkan kegagalan pernafasan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI