fbpx

Pekerja kilang, peniaga didakwa amang seksual gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAKHRUL AMIN (kanan) dan Muhammad Asri (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan amang seksual gadis bawah umur bulan ini.

MUAR – Seorang pekerja kilang dan seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan amang seksual ke atas gadis bawah umur, bulan ini.

Tertuduh, Fakhrul Amin Mohd. Nor, 21, dan Muhammad Asri Ahmad Daud, 24, mengangguk faham dan membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, Fakhrul Amin didakwa menyentuh kemaluan seorang pelajar tingkatan satu bagi maksud seksual.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan lelaki yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kampung dekat Batu Pahat di sini, pada pukul 3 pagi, 27 Julai lalu (Selasa).

Manakala Muhammad Asri yang juga seorang peniaga itu didakwa melakukan perbuatan dengan menyentuh pipi dan mulut gadis berusia 14 tahun di dua lokasi berasingan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Abu Bakar membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 ke atas Fakhrul Amin dan RM10,000 kepada Muhammad Asri dengan masing-masing seorang penjamin selain kedua-duanya tidak boleh mengganggu mangsa serta perlu melapor diri di Balai Polis Batu Pahat dan Muar setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan serah dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI