fbpx

Pegawai MBI Kedah buat laporan polis nafi dakwaan Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

ALOR SETAR – Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa terdapat seorang lelaki warga China bekerja dengan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) itu.

Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat wanita terbabit kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Wanita itu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Saifuddin yang tular di media sosial pada 27 Julai lalu mendakwa terdapat seorang lelaki China bekerja dengan MBI Kedah.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini Saifuddin dalam beberapa siri ceramahnya mendakwa terdapat individu warga China yang diambil bekerja dengan MBI Kedah bagi projek unsur nadir bumi (REE).

Saifuddin mendakwa, salah seorang yang diambil bekerja dengan MBI itu pernah ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dengan kecurian REE.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Alzafny memaklumkan, setakat ini tiada laporan diterima berkaitan ucapan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI