fbpx

Orang Langkawi tak minat kerja hotel, pilih jual burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus (kanan) lebih selesa membuka gerai burger berbanding kerja di hotel di Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Bayaran gaji tidak setimpal dengan tenaga yang dilakukan menjadikan ramai orang muda tidak lagi berminat untuk bekerja dalam bidang perhotelan di pulau peranginan Pulau Langkawi.

Tinjauan di beberapa kawasan di sekitar pulau peranginan itu mendapati, rata-rata mereka memilih untuk bekerja sendiri dan menganggap tidak berbaloi be­kerja dalam bidang perhotelan.

Bekas pekerja hotel lima bintang di sini, Muhammad Firdaus Yusaini, 23, berkata, dia lebih selesa membuka gerai menjual burger daripada terus bekerja di hotel.

“Pendapatan yang saya dapat daripada menjual burger tidak jauh berbeza dengan pendapatan semasa saya bekerja sebagai public area attendant.

“Tambahan pula waktu be­kerja adalah lama, jadi kalau hendak bekerja di hotel saya akan pastikan gaji tersebut melebihi jumlah yang saya peroleh dengan meniaga sendiri,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi bekas pekerja hotel, Khairul Nisak Talib, 34, turut menyuarakan perkara sama.

“Kebanyakan hotel hanya akan membayar lebih sedikit sekiranya pekerja itu mempu­nyai pengalaman kerja hotel, selain kadar gaji juga adalah rendah walaupun jawatan pengurusan.

“Mungkin saya akan keluar dari Langkawi untuk mencari kerja, tak sanggup dah kerja hotel de­ngan waktu kerja yang lama tetapi gaji tidak setimpal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia ­(Utara), Datuk Azly Rosly berkata, kebanyakan hotel terutama tiga bintang ke bawah hanya mampu membayar gaji mengikut kadar ditetapkan kerajaan.

“Hotel-hotel ini menerima jumlah tetamu yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar gaji lebih kepada pekerja.

“Kalau dahulu, pelancong ramai, jadi hotel-hotel juga penuh dan majikan berani menawarkan gaji yang lebih menarik. Namun, dengan kos sara hidup mening­kat m­enyebabkan tidak ramai orang berminat untuk bekerja di hotel,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI