fbpx

Mulut Britney Spears berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS

BINTANG pop terkenal dunia, Britney Spears disenaraikan sebagai antara selebriti Hollywood yang memiliki bau mulut paling busuk.

Perkara tersebut didedahkan portal hiburan, PopCrush. 

Dalam laporan portal berkenaan, penyanyi berusia 41 tahun itu dikatakan mempunyai masalah nafas berbau kerana mengamalkan diet tidak sihat.

“Spears mempunyai masalah bau mulut kerana menjalani diet ekstrem untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna di hadapan kamera.

“Dia memiliki bentuk tubuh menawan, namun orang di sekelilingnya sering mengeluh kerana mulutnya berbau,” kata laporan tersebut.

Sumber terdekat pelantun lagu Toxic itu memberitahu, mulut Spears akan kembali berbau walaupun selepas 10 minit selepas selesai memberus gigi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI